KL 2013

KL 2013
SUARA RAKYAT SUARA KERAMAT

Isnin, 31 Disember 2012

SELAMAT MENYAMBUT TAHUN BARU 2013 & SALAM MAULIDUR RASUL 1434H


SELAMAT MENYAMBUT KEHADIRAN TAHUN 2013 YANG PASTINYA AKAN MENJADI SATU TAHUN YANG PENUH BERMAKNA KEPADA SEMUA PEJUANG-PEJUANG YANG MENUNTUT KEADILAN. SUDAH PASTI TAHUN 2013 ADALAH SATU TITIK PERMULAAN MEMULAKAN LANGKAH KEARAH KECEMERLANGAN. TAHUN 2012 USAH DILUPAKAN KERANA TAHUN 2012 MERUPAKAN TAHUN PEJUANG-PEJUANG NEGARA BERUSAHA MEMULIHKAN NEGARA MALAYSIA DARI CENGKAMAN REGIME YANG TERANG-TERANGAN TIDAK MEMBELA RAKYAT MALAH APA YANG DILAKUKAN OLEH KERAJAAN SEDIA ADA IALAH HANYA MENGEYIANGKAN PERUT MEREKA SENDIRI SERTA KRONI-KRONI MEREKA YANG SUDAH SEDIA KAYA (YANG KAYA BERTAMBAH KAYA, YANG MISKIN TERUS-TERUSAN DIRUNDUNG KEMISKINAN) JUSTERU TAHUN 2013 MERUPAKAN MEDAN BARU KEBANGITAN RAKYAT DAN TAHUN 2013 JUGA AKAN DICATAT SATU LAGI SEJARAH DIMANA RAKYAT MALAYSIA AKAN TERBELA BERSAMA PAKATAN RAKYAT.

Selasa, 13 November 2012

SALAM MAAL HIJRAH 1434h DARI ANGKATAN MUDA KEADILAN (AMK)


Bagi Anak Muda, sambutan ini adalah merupakan kesinambungan dalam memperingati dan menghayati peristiwa penghijrahan Rasullullah SAW Nabi Mulia Junjungan kita dari Kota Mekah ke Kota Madinah yang telah mengubah senario dan lanskap dunia. Umat Islam ketika itu telah berubah daripada umat islam yang ditindas kepada Umat Islam yang kuat dan Gagah dan mampu memerintah dan mentadbir Madinah sekaligus memiliki kerajaannya sendiri. Maka umat islam telah bebas bergerak menyampaikan dan mengembangkan lagi Agama Islam kemana sahaja.

Begitu juga dengan Anak Muda, jika kita tidak berani melakukan penghijrahan maka negara bangsa akan terus berada dibawah pemerintahan yang tidak telus. Oleh yang demikian Angkatan Angkatan Muda Keadilan menyeru seluruh rakyat Malaysia agar melakukan penghijrahan pada Pilihanraya Umum ke-13 yang akan datang ini agar Islam lebih DIMARTABATKAN di negara ini.



Ahad, 11 November 2012

AMK DESAK KONG CHO HA TANGGUH AES

Ketua Penerangan Angkatan Muda Keadilan Malaysia (AMK), Lee Khai Loon mendesak Menteri Pengangkutan Kong Cho Ha agar menangguh segera perlaksanaan Sisten Penguatkuasaan Automatik (AES) yang telah kuat ditentang oleh pelbagai pihak termasuk pihak parti pemerintah sendiri.

Sejurus Pemuda UMNO dan CUEPACS yang ikut bersama Pakatan Rakyat yang mendesak agar AES ditangguh, Kong Cho Ha dinasihat supaya tidak lagi degil mempertahankan pendiriannya yang menswastakan kuasa penguatkuasaan yang jelas berpihak kepada syarikat swasta.

Walaupun Kong Cho Ha berjaya selamat diri daripada usul potong gaji menteri yang ditolak oleh Speaker Dewan, tetapi prestasi Kong dalam mentadbir Kementerian Pengangkutan memang lembap dan banyak dipertikaikan.

AMK berpendapat bahawa sejak Kong mengambil alih jawatan daripada bekas Presiden MCA Ong Tee Kiat, isu skandal PKFZ yang melibatkan billion ringgit tidak ditangani malah diabaikan. Dalam isu tender nombor pendaftaran kenderaan WWW pula, Kong tidak berupaya menunjukkan kelayakan seorang menteri yang berkaliber serta pro-rakyat. Lebih mendukacitakan adalah Kong hanya beria-ria dalam perlaksanaan AES.

AMK mempersoalkan kedegilan Kong untuk mempertahankan penswastaan penguatkuasaan dapat mengurangkan kemalangan jalanraya. Apakah Kong tidak mengetahui faktor utama kemalangan jalanraya bukannya kerana kelebihan kelajuan? Mengapakah Kong tetap mempertahankan dua syarikat swasta yang jelas beroperasi berasaskan keuntungan? Akhirnya rakyat yang akan menderita daripada perlaksanaan AES.

AMK menegaskan bahawa penswastaan penguatkuasaan akan menimbulkan implikasi yang buruk. Sebagai kerajaan yang bertanggungjawab, segala pengurusan awam serta ketanggungjawaban tidak wajar diswastakan kerana ia akan menjadikan Negara dikawal oleh syarikat swasta.

AMK mengalu-alukan keputusan kerajaan Pakatan Rakyat untuk menangguh perlaksanaan AES di negeri Kedah, Pulau Pinang, Selangor dan Kelantan. Tindakan tersebut bukan sekadar meringankan beban rakyat yang semakin berat, malah menghentikan sebarang usaha menswastakan kuasa penguatkuasaan.

Mengikut Akta Kerajaan Tempatan 1976, sesiapa yang ingin mendirikan sebarang struktur dan bangunan di dalam lingkungan pentadbiran Pihak Berkuasa Tempatan mesti memperolehi kebenaran atau permit dahulu. Maka AMK mencabar parti-parti UMNO/BN khasnya Pemuda UMNO untuk mengikuti jejak Pakatan Rakyat untuk menangguh perlaksanaan AES di negeri pentadbiran UMNO/BN.

Oleh itu, AMK menyeru Pemuda UMNO dan parti-parti komponen BN agar tidak hanya mengaut publisiti politik murah dengan desakan tangguh AES, malah mencontohi negeri Pakatan Rakyat yang menangguh AES dan seterusnya mewujukan negeri yang bebas daripada cengkaman AES.

LEE KHAI LOON
Ketua Penerangan Angkatan Muda KEADILAN Malaysia
012-2258607

Sabtu, 10 November 2012

RESPON DSAI BERKENAAN TGHA BERTANDING DI PEKAN

Dato' Seri Anwar memberikan respon beliau berkenaan Tuan Guru Hadi Awang (Presiden Parti Islam Malaysia) untuk bertanding di kerusi Parlimen Pekan menentang Menteri Wanita Umno.

JELAJAH MERDEKA RAKYAT TERENGGANU : DSAI

Penjelasan Isu AES oleh Dato' Seri Anwar Ibrahim dalam siri Jelajah Merdeka Rakyat Negeri Terengganu.

Khamis, 8 November 2012

KETUA PENERANGAN AMK PULAU PINANG: DEEPAVALI VAATHIKAL

KETUA PENERANGAN AMK PULAU PINANG: DEEPAVALI VAATHIKAL: Selamat Menyambut Hari Deepavali kepada semua Kaum India yang beragama Hindu di seluruh pelusuk Malaysia, semoga Perayaan Deepavali tahun ...

DEEPAVALI VAATHIKAL

Selamat Menyambut Hari Deepavali kepada semua Kaum India yang beragama Hindu di seluruh pelusuk Malaysia, semoga Perayaan Deepavali tahun ini akan diraikan dengan lebih meriah serta lebih bermakna dan lebih ceria. DEEPAVALI VAATHIKAL
Daripada :
ANGKATAN MUDA KEADILAN PULAU PINANG (AMKPP) serta SELURUH PIMPINAN PARTI KEADILAN RAKYAT (PKR) dan PAKATAN RAKYAT.

ANAK MUDA PEMANGKIN MASA HADAPAN


IKHLAS DALAM MEMIKUL AMANAH

   Angkatan Muda Keadilan (AMK) Pulau Pinang bersama-sama Pemimpin Parti Keadilan Rakyat (PKR) dan Pakatan Rakyat telah mengadakan satu lawatan ke DUN Sungai Acheh bagi menjejaki Wargamas yang uzur serta daif dalam misi ''RENTAP DUN SUNGAI ACHEH PADA PRU-13".
   Pemimpin yang baik adalah pemimpin yang IKHLAS DALAM MEMIKUL AMANAH yang telah diamanahkan agar dapat memenangi hati Rakyat dan ini dibuktikan apabila Angkatan Muda Keadilan (AMK) Pulau Pinang yang diketuai oleh Ketua Penerangannya Saudara Rizal Hamid telah berusaha menjejaki golongan-golongan yang harus didekati dalam membantu merungkai permasaalahan yang dialami oleh pengundi-pengundi amnya di DUN Sg. Acheh. Walaupun DUN Sg. Acheh telah ditadbir dibawah Barisan Nasional selama 55 tahun namun masih terdapat golongan-golongan insan yang tidak mendapat perhatian khusus oleh pemimpin mereka. Walaupun DUN Sg. Acheh berada dibawah seliaan Yb Dato' Mahmud (BN) namun atas dasar peri-kemanusiaan, maka AMK bersama pemimpin Pakatan Rakyat tidak pernah memandang enteng golongan-golongan ini. Sebagai Ketua Penerangan AMK Pulau Pinang, ini sudah menjadi tanggungjawab dalam memastikan golongan ini terbela nasib mereka walau dengan apa cara usaha sekalipun, kita akan terus berusaha bagi membantu mereka agar golongan ini tidak terus dipinggirkan tanpa sebarang tindakkan. Saya juga akan memastikan golongan ini akan terbela nasib mereka sesudah siri lawatan ini dan sekiranya pada PRU-13 ini saya ditakdirkan menjadi insan terpilih dalam membela nasib golongan ini saya berjanji akan dengan sedaya-upaya melakukan yang terbaik untuk memastikan DUN Sg. Acheh bebas dari kedaifan.BUKAN JANJI TAPI PASTI, InsyaALLAH.

YANG KAYA BERTAMBAH-TAMBAH KAYA, RAKYAT SUSAH BERTAMBAH-TAMBAH SUSAH


Menteri Pengangkutan Datuk Seri Kong Cho Ha harus ingat bahawa AES bukanlah soal politik tetapi soal integriti ekonomi dan beliau harus memberi penjelasan kenapa tiada tender terbuka tetapi tender terpilih untuk pemasangan 831 kamera 1Malaysia di seluruh Malaysia.

Saya difahamkan bahawa hanya 9 syarikat yang dipilih untuk menyertai tender tetapi 7 sahaja yang mengemukakan tawaran.

DAP tidak mempunyai masalah jika kerajaan Persekutuan terus terang dengan inisiatif untuk memastikan keselamatan awam dan menggalakkan pematuhan undang-undang jalan raya.

Namun begitu, kerajaan telah membenarkan 2 pemegang konsesi AES untuk mengutip komisen berdasarkan jumlah saman yang dikeluarkan.

Jelas ini akan memanfaatkan 2 pemegang konsesi tersebut sementara 28 juta rakyat Malaysia akan rugi.

Ini bermakna bahawa pemegang konsesinya – ATES Sdn Bhd dan Betap Tega Sdn Bhd – mampu mendapatkan balik modal mereka melalui pengagihan keuntungan daripada saman yang dibayar melalui tiga peringkat:

Peringkat 1: Untuk 5 juta saman pertama, RM16 setiap saman akan dikutip (RM80 juta).

Peringkat 2: RM540 juta kutipan seterusnya dikongsi 50%, iaitu RM270 juta. Kerajaan mendapat jumlah yang sama.

Peringkat 3: 7.5% akan dikutip daripada keuntungan seterusnya. Kerajaan akan mengutip yang berlebihan.

Sekiranya RM5 bilion dikutip setiap tahun, kedua-dua pemegang konsesi akan untung RM80 juta di bawah peringkat pertama, RM270 juta di bawah peringkat kedua dan RM350 juta di bawah peringkat ketiga – jumlah lumayan sebanyak RM700 juta untuk kerja setahun.

Selain daripada keuntungan RM700 juta setahun, terdapat juga tanda tanya tentang kos besar yang didakwa oleh kedua-dua pemegang konsesi untuk pemasangan 831 kamera.

Adakah ia bernilai RM600 juta hingga RM800 juta seperti yang didakwa oleh kedua-dua syarikat tersebut untuk pemasangan 831 kamera yang bersamaan dengan RM722,000 hingga RM962,000 setiap kamera?

Kegagalan sebegini bukan perkara baru seperti yang dibuktikan dengan skandal RM365 juta Integrated Transport Information System (ITIS), di mana sistem pemantauan trafik Kuala Lumpur telah dikenal pasti oleh Laporan Ketua Audit Negara 2011 sebagai “tidak memuaskan” kerana berlaku ketirisan.

Walaupun RM365 juta telah dibelanja, tidak ada kebertanggungjawaban yang ditunjukkan.

Kementerian Pengangkutan harus bertanggungjawab penuh kepada pihak awam atas soalan-soalan mengenai AES dan sama ada tender terbuka telah dijalankan.

Sekiranya isu-isu ini tidak ditangani, para pemandu Malaysia berhak marah kerana sekali lagi kroni-kroni BN mendapat manfaat sementara rakyat rugi.

Pulau Pinang tidak akan membenarkan pemasangan kamera 1Malaysia ini sehingga penjelasan penuh diberi.

Kong harus berpegang kepada arahannya bahawa kerajaan tempatan akan membuat keputusan tentang pemasangannya, di mana pegawai-pegawai Kong telah mendapatkan kerjasama dan kelulusan kerajaan negeri dan tempatan untuk membuat pemasangan.

Saman harus menghukum pesalah trafik supaya mereka akan mematuhi dan tidak menyalahi undang-undang lagi. Untuk sebab ini, DAP menyeru agar AES digantung dengan serta merta sehingga kebertanggungjawaban penuh ditunjuk.

Pemandu-pemandu tidak harus dipaksa untuk membelanjakan kebanyakan daripada gaji mereka hanya untuk membayar saman trafik.

Jangan lupa bahawa RM500 BR1M tidak boleh membantu jika anda mendapat 2 saman yang berjumlah RM600 – anda akan rugi 

DEMO BANTAHAN AMAN AES BERSAMA AMK PULAU PINANG

DEMO BANTAHAN AES

7 Nov 2012 (Seberang Jaya): Angkatan Muda Keadilan Negeri Pulau Pinang bersama Pertubuhan Bukan Kerajaan (NGOs) serta Rakyat Negeri Pulau Pinang telah mengadakan satu Demo Bantahan secara AMAN dihadapan banggunan JPJ Seberang Jaya, Pulau Pinang. Demo secara AMAN ini diadakan adalah bertujuan bagi membantah perlaksanaan SISTEM PENGUATKUASAAN AUTOMATIK (AES) YANG DIKENDALIKAN OLEH JABATAN PENGANGKUTAN JALAN (JPJ) dinegara ini kerana dengan perlaksanaan Sistem Penguatkuasaan Automatik (AES) ini akan menambahkan lagi bebanan buat RAKYAT MARHAEN. Sistem ini adalah TIDAK RELEVAN kerana negara kini sudahpun mempunyai sistem Perangkap Laju Berkamera oleh PDRM dengan mengeluarkan SAMAN POSTAL (Notis POL 170A) kepada pemilik kenderaan yang berdaftar yang telah memandu melebihi had laju. AES merupakan satu lagi kaedah yang sama seperti PERANGKAP LAJU BERKAMERA oleh PDRM malah ia dianggap LEBIH KEJAM memandangkan SAMAN POSTAL (Notis POL 170A) TIDAK AKAN DIMANSUHKAN, ini dimaklumkan sendiri oleh Timbalan Menteri Kementerian Dalam Negeri (KDN) Datuk Wira Abu Seman Yusop dalam sidang Dewan Rakyat baru-baru ini, Beliau juga turut menegaskan bahawa Saman Postal itu bertujuan memberi kesedaran kepada pemandu jalanraya agar memandu secara berhemah dan mengurangkan kadar kemalangan jalanraya. Jika SAMAN POSTAL dianggap berkesan dalam mendidik kesedaran pemandu jalanraya maka mengapakah perlu AES dilaksanakan? Oleh yang demikian, sekiranya Kerajaan dibawah pimpinan Barisan Nasional meneruskan hasrat melaksanakan AES maka Rakyat akan terpaksa menanggung risiko dikenakan saman berganda iaitu saman daripada PDRM & JPJ. Disebabkan atas dasar perihatin serta bertanggungjawab, Angkatan Muda Keadilan (AMK) Pulau Pinang serta beberapa NGOs telah bertanggungjawab untuk tampil kehadapan dengan mengadakan Demo Bantahan secara aman dihadapan Banggunan JPJ Seberang Jaya Pulau Pinang untuk meluahkan rasa tidak puas hati bagi pihak Rakyat Malaysia agar hasrat kerajaan barisan Nasional melaksanakan AES dinegara ini dibatalkan memandangkan sistem ini tidak sesuai dilaksanakan dinegara Malaysia ini. Sekiranya Sistem Menginaiya Rakyat ini diteruskan maka Angkatan Muda Keadilan (AMK) Pulau Pinang akan terus menerus MEMBANTAH walau dengan apa cara sekalipun untuk tidak membenarkan SISTEM PEMERINTAHAN KUKU BESI ini terus menerus menindas Rakyat Malaysia. LAWAN TETAP LAWAN..!!!


"LAWAN TETAP LAWAN"Sampai Mati..!!!