KL 2013

KL 2013
SUARA RAKYAT SUARA KERAMAT

Isnin, 7 Januari 2013

LAKARAN SEJARAH BAKAL TERCIPTA PADA TANGGAL 12HB JANUARI 2013 HIMPUNAN KEBANGKITAN RAKYAT

SEJARAH TANAHAIR BAKAL DIUKIR PADA TANGGAL 12HB JANUARI 2013

HIMPUNAN KEBANGKITAN RAKYAT pada 12hb Januari 2013 yang akan diadakan di Stadium yang bersejarah iaitu STADIUM MERDEKA dimana pada satu ketika dahulu disinilah juga Rakyat telah BANGKIT MENUNTUT KEMERDEKAAN daripada PENJAJAH dari terus dijajah. Situasi dan Fenomena yang sama juga akan berlaku dan sekali lagi Stadium Merdeka akan menjadi saksi KEBANGKITAN RAKYAT bagi Menuntut HAK RAKYAT yang selama ini telah DIABAIKAN oleh Kerajaan sedia ada.

Pada Tanggal 12hb Januari 2013, satu lagi SEJARAH TANAHAIR bakal tercipta yang akan menjadi Iktibar kepada Kerajaan Malaysia seterusnya bahawa HAK RAKYAT tidak akan terus diperlekehkan dan biarlah peristiwa ini menjadi PENGAJARAN kepada Pemimpin masa akan datang agar TIDAK MEMEKAKKAN TELINGA terhadap SUARA RAKYAT DAN LEBIH TELUS MEMIMPIN SERTA MENTADBIR NEGARA kerana "SUARA RAKYAT SUARA KERAMAT"

"LAWAN TETAP LAWAN" SAMPAI MENANG

Rabu, 2 Januari 2013

CEMERLANG DALAM PELAJARAN ADALAH SATU HADIAH YANG PALING BERHARGA BUAT KEDUA IBU&BAPA

Selamat Menyambut Tahun Baru 2013 dan Selamat Kembali Ke Sekolah bagi Sessi 2013 khas kepada pelajar-pelajar diseluruh Tanahair ini. Permulaan Lembaran Tahun yang baru sentiasa dijadikan kesempatan untuk kita bermuhasabah tentang perkara yang lepas dan meninjau kehadapan mengenai apa yang akan berlaku. Sebagai insan yang mempunyai Jati Diri yang tinggi untuk kehadapan maka jadikanlah masa lampau sebagai Pedoman dan hari ini kita perlulah beriltizam untuk berusaha bagi mencapai kejayaan pada masa hadapan.

Ilmu merupakan bekalan hidup untuk masa hadapan yang amat-amat berharga dan dengan adanya ilmu juga kita akan dapat mencapai matlamat hidup serta akan sentiasa dihormati masyarakat. Tiada perkara yang dapat membanggakan kedua IbuBapa kita melainkan kita memberikan keputusan pelajaran cemerlang kita buat mereka. Dengan itu jadikanlah sessi pembelajaran 2013 ini sebagai titik permulaan untuk berjaya sebagai insan berguna yang juga sebagai Aset paling berharga  kepada Negara dan sekaligus membanggakan kedua-dua Ibu dan Bapa masing-masing.

Dari Angkatan Muda KeADILan (AMK) dan Saya sebagai Ketua Penerangan AMK Pulau Pinang sentiasa berdoa agar seluruh Anak-anak Muda berjaya dalam pelajaran serta berjaya memperolehi keputusan yang cemerlang dan kami akan sentiasa bersedia memperjuangkan nasib pelajar-pelajar yang memerlukan sebarang bentuk bantuan demi membantu pelajar-pelajar mencapai kejayaan dalam pelajaran. InsyaALLAH.. AMIN.